Menghitung hari


Pada waktu aku menulis entri ini, aku sedang berada di kedai cuci kereta. Ada lagi dua kereta sebelum sampai giliran kereta merah lama itu.

Aku sedang menghitung hari. Berkira-kira hari, bila lah nak habis bulan Januari. Kemudian, bilalah nak habis bulan Februari.

Banyak benda yang aku nak ia selesai secepat mungkin. Penat nak menghadap.

Aku nak cerita sini, tapi masalahnya terlalu peribadi pula. Harapnya Shazni di masa hadapan dapat ingat balik apakah bendanya itu.

Lagi satu kereta sebelum sampai ke kereta aku.

Dalam kelekaan aku menghitung hari untuk berlalu, membuatkan aku terfikir sejenak, adakah aku menikmati masa-masa ini? Rasa sayang aku mengharapkan detik-detik ini untuk berlalu, tanpa betul-betul hidup pada waktu dan ketika itu.

Tapi, apa yang nak dinikmatinya kalau masa-masa ini hanya menyakitkan. Masa-masa ini hanya memakan diri aku. Masa-masa ini membuatkan aku tidak tenang. Alangkah seronoknya kalau boleh biarkan minda dan tubuh ini bergerak secara autopilot sahaja.

Penatlah. Aku harap aku dapat bertahan selama mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi