Bagaimana untuk menyampai cerita yang menarik?


Entah, aku tak tahu.

Aku bukan penulis yang bagus. Entah apa yang aku tulis di sini. Entah faham atau tidak sesiapa yang baca blog aku ini. Aku sendiri baca pun rasa bosan.

Tapi aku nak menulis. Aku nak sampaikan atau paling tidak pun, merakam isi hati ini dari semasa ke semasa. Dalam kepala aku sekarang banyak sangat benda aku nak kongsi. Keinginan untuk beritahu kepada dunia apa yang aku fikirkan ni, membuak-buak rasanya.

Tapi aku tak pandai nak bercerita. Aku tak pandai nak susun atur idea. Aku tak pandai nak menulis dan bercerita macam Malcolm Gladwell. Atau Carl Sagan.

Macam mana nak jadi seperti mereka?


Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi