Post vaccination fever


"Post vaccination fever"

Itu yang doktor tulis dalam slip MC.

Masuk sahaja ke dalam bilik konsultasi doktor, terus aku minta MC sebab nak sambung rehat selepas cucuk vaksin pada hari semalamnya. Aku tunjuk kad vaksin yang aku dapat daripada PPV, supaya tidaklah doktor itu ingat aku sengaja reka cerita nak MC. Untuk justifikasi.

Tak sangka kesan sampingan Astra Zeneca sebegini rupa pada fisiologi badan aku. Sebelum ni dapat Sinovac. Terasa mual sahaja untuk beberapa minit selepas cucuk, kemudian langsung tak rasa apa-apa.

Aku cucuk sebelah pagi, dalam pukul 10:30. Tak rasa apa-apa selain rasa sakit dekat tempat cucuk. Pelik juga, sebelum ni cucuk tak rasa apa-apa pun. Waktu itu, aku berhipotesis bahawa mungkin staf yang cucuk ni tak cukup skil.

Petugas-petugas kesihatan mohon jangan kecam. Aku kata "hipotesis".

Sampai ke petang masih tak rasa apa-apa. Sampaikan aku terbongkak ingat aku imun terhadap Covid. Di mana kaitannya imun terhadap Covid dan ketiadaan kesan sampingan vaksin, jangan tanya aku. Ini semua aku punya "train of thoughts" pada ketika itu yang aku sendiri pun tak faham.

Tiba-tiba, sedang aku buat persiapan untuk makan malam, aku rasa semacam. Aku rasa sejuk-sejuk badan. Petanda kebiasaan bila nak demam. Ah sudah. Dia dah datang. Tak lama lepas tu, terus aku rasa demam dan badan sakit-sakit. Sial, akhirnya termasuk juga aku ke dalam statistik penerima vaksin yang ada kesan sampingan.

Sebenarnya tak ada masalah pun. Itu petanda bahawa sistem imun badan sedang bertindak balas dengan baik terhadap vaksin. Sesuatu yang perlu dilihat sebagai berita baik. Tapi itulah, berita baik pun, seksa nak mampus. Kerap kali terjaga dari tidur sebab badan sakit. Lenguh sana-sini.

Bertambah sialnya bila bangun tidur, terus kena pergi klinik untuk ambil MC. Pengajaranlah untuk aku. Kalau ada vaksin lagi selepas ni, kena buat persediaan. Ambil cuti sehari, atau mungkin dua hari, selepas hari cucuk vaksin.

Terima kasih sains. Hidup sains.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi