Berjauhan dengan medsos


Beberapa minggu lepas aku buat keputusan untuk kurangkan masa dengan phone. Terutamanya daripada tengok media sosial. Sebabnya bila aku fikir balik kenapa aku luangkan masa berjam-jam tengok phone adalah kerana untuk tengok medsos. Kebanyakan masa aku guna phone, hanya untuk itu sahaja.

Aku tak dapat apa pun. Selain dapat tahu perihal kawan-kawan dan isu-isu semasa, perasaan yang ada selepas itu hanyalah marah dan kecewa. Jujurlah aku cakap, kadang-kadang ada juga rasa menyampah dengan post/twit orang lain. Tapi nak buat macam mana, hak mereka untuk bersuara dan berekspresi. Macamlah tak ada orang menyampah dengan aku, betul tak?

Aku juga ada fikir, pemikiran yang aku ada sekarang ini, adakah ia betul-betul pemikiran aku atau hanyalah cerminan daripada apa yang aku lihat di medsos? Benar, kalau tak ada medsos sekalipun, pemikiran seseorang pasti akan dibentuk oleh keadaan sekeliling juga.

Cumanya aku fikir, mungkin medsos ni sedikit lain daripada unsur-unsur budaya yang lain. Pengaruh ia lebih kuat.

Kalaulah salah apa yang aku katakan ini, kenapa ada orang laporkan Facebook antara penyebab berlakunya jenayah-jenayah kebencian yang terjadi kebelakangan ini. Bukan di Malaysia lah, di negara lain.

Entahlah.

Apa-apa pun, aku nak cuba tengok apa akan jadi pada keadaan mental aku setelah kurangkan masa dekat medsos. Aku pun tidaklah langsung tak buka. Ada juga sekali dua dalam sehari aku tengok juga.

Setakat ini, aku boleh katakan bahawa perasaan dan minda aku agak lebih tenang. Aku habiskan masa lapang dengan baca buku, main video game, melukis, tengok keadaan sekeliling. Terfikir juga nak hidupkan balik vlog di YouTube.

Kalau nak tahu berita dan hal semasa, aku baca berita dekat mana-mana portal berita online. Aku jugs tengah fikir portal apa yang berbaloi untuk aku langgan secara bulanan.



Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi