Warna cahaya yang memancar



Pada aku, ada dua jenis pendekatan dalam kita menjalani kehidupan sesama manusia ini. Sama ada dengan keresahan dan kemarahan atau berkasih sayang dan cinta. Dan sememangnya aku akan memilih jalan penuh kasih sayang. Jalan penuh ihsan. Jalan penuh kemaafan.

Apakan daya, dalam kesungguhan aku berjalan di atas jalan ini, adakala aku turut terbabas. Tetapi ada juga mereka yang percaya dan berkata dengan ketegasan, kegerunan, resah dan paranoid itulah; akan memastikan dunia ini aman dan teratur. Walhal dengan terang, pendekatan ini langsung tidak berguna. 

Akan tetapi tidak adil juga untuk kita mengutuk dan mengecam pada mereka yang menggunakan cara itu. Kerana kita tidak tahu, mungkin mereka sudah lama hidup di dalam kitaran yang sebegitu. Bertahun-tahun diajar, diasuh, didoktrin mengenai cara hidup ini. Tiada siapa yang dapat memilih dunia yang mana satu kita akan dilahirkan. Dunia kebencian atau dunia kasih sayang.

Perbuatan jahat dibalas jahat, itu adalah dendam. Perbuatan baik dibalas jahat, itu adalah zalim. Perbuatan baik dibalas baik, adalah satu perkara yang biasa. Perbuatan jahat dibalas baik, itu adalah sesuatu yang pada aku sangat mulia. Dan untuk kita membalas kebencian itu dengan kasih sayang, sememangnya memerlukan kekuatan yang sangat besar dari jiwa kita. Ada kalanya, pengorbanan.

Terus tabah.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi