Malaysia baru!


Yeah, Malaysia baru!

Selama ini asyik guna #KitaMestiMenang, sekarang dah boleh guna #KitaSudahMenang telah penuh gumbira!


Terus-terang aku cerita, aku menangis bila ketua SPR (yang lembap sial itu) mengumumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah memenangi majoriti kerusi parlimen. Aku tak sangka akhirnya tukar juga parti pemerintah. Aku dah lama beranggapan, akan mengambil masa lagi 20 atau 30 tahun akan datang baru akan berubah. Tapi ternyata sekali, sejarah telah tercipta.

Baik, cukup sekadar itu untuk menikmati kemenangan ini. Dah lebih tiga minggu berlalu sejak Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan sekarang dia pun masih lagi dalam proses untuk melantik ahli-ahli baru untuk mengisi kekosongan baki kerusi kabinet. Sebahagiannya telah diisi dan sudahpun menjalankan kerja-kerja mereka, tetapi ada juga kabinet lain yang masih menanti keputusan siapa yang akan menyandang.


Bercakap pasal kerusi kabinet ni, satu lagi perkara yang aku tidak sangka ialah Ustaz Maszlee dilantik jadi Menteri Pendidikan. Gila! Harap maklum, ini sekadar ekspresi aku terhadap situasi yang telah berlaku, dan tidaklah aku mengatakan PH gila untuk melantik Ustaz jadi menteri. Sememangnya Ustaz memang seorang sosok yang layak untuk memegang portfolio tersebut. Melihat dan mendengar Ustaz bercakap soal pendidikan dan manusiawi, aku percaya dan yakin dengan sepenuh hati bahawa Ustaz akan membawa reformasi yang kita inginkan dalam sektor pendidikan negari ini.


Aku kenal Ustaz secara peribadi. Tapi tidaklah lama kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Ustaz dan Ustazah Hamidah, isterinya, rajin sungguh jemput kenalan datang makan-makan di rumah mereka. Keluarga yang sangat baik dan tidak jemu untuk berkongsi ilmu kepada semua orang. Kalau kau tahu bagaimana cara hidup dan pemikiran aku, kau akan pelik macam mana aku boleh nak rapat dengan mereka. Kewujudan aku adalah bukti di mana mereka tidak sesekali untuk memaksa sesiapa untuk mengikut apa yang mereka percaya.


Bukan itu saja yang gila, drama politik Malaysia makin lama makin mendebarkan. Lagi seronok dan thrill daripada House of Cards. Dalam episod terbaru, Jamal si Pendekar Baju Merah dikatakan telah lari ke Indonesia. HAHAHAHA! Tambahan pula, makin banyak pula “lalang-lalang” tumbuh macam cendawan semenjak PRU ini. Maklumlah, sudah hilang tempat menadah dedak, maka bertempiaranlah pejuang-pejuang jadian mencari dewa baru.
Oh Tuhan, sekarang aku boleh mati dengan aman.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi