"Yang dah ketagih tu, berubahlah"
"Yang
dah ketagih tu, berubahlah. Taubat pada Allah"
Ayat
terakhir pada satu post page FB. Dari pemerhatian, aku berhipotesis bahawa
masyarakat masih belum cukup memahami akan masalah ketagihan. Mungkin apa yang
mereka faham pun, hanyalah ketagihan pada penyalahgunaan ubat, dadah atau
cecair semata-mata.
Tapi
hakikatnya, ia boleh jadi lebih dari itu. Kelakuan juga boleh mendorong kepada
masalah ketagihan. Dan untuk membuangnya tidak seperti kita membuang satu
tabiat buruk.
Sebabnya
masalah ketagihan akan melibatkan psikologi dan fisiologi seseorang itu.
Apabila kita membicarakan perihal fisiologi, ia melibatkan intervensi secara
biologi. Kadang-kala perlunya pengambilan ubat untuk mengubati ketagihan itu.
Bukan semata-mata bertaubat kembali kepada Tuhan sahaja.
Dan ia juga
perlukan sokongan dari masyarakat sekeliling. Kawan, keluarga, jiran-jiran
perlu main peranan. Keterlibatan kau dalam 'mengubah' masyarakat bukan setakat
dengan berkata-kata "hey berubahlah, taubat".
Bukan apa,
tidak salah hendak menggunakan agama dalam menegur, tetapi ia akan mengundang
masalah lain. Ibarat pada zaman dahulu kala, sakit itu ada kaitan dengan
kemasukan makhluk halus. Walhal demam sahaja. Sama juga halnya dalam perkara
ini. Seseorang itu berkelakuan buruk, bukan kerana dia jahat atau sengaja
hendak membuat dosa.
Lagi satu;
apa yang membuatkan kau fikir dia sembah Tuhan yang sama dengan kau?
Sekadar dua
sen aku.
Comments