Coretan Jalan Panggong 10 Mei
Nota: Aku bukan kru Dapur Jalanan. Aku marhaen biasa.
Minggu depan aku tiada di Jalan Panggong. Akan ke Kampung Pasir Tumboh, Kelantan. Berpeluang sertai pasukan Impian Kelantan dari DAP.
Dalam pukul 2:30 pm, dapat panggilan dari seorang rakan di pejabat lama. Beliau dan suaminya nak menyumbang 26 bungkusan nasi campur. Alhamdulillah. Terima kasih sahabat. Allah sahaja yang boleh membalas budi kalian.
Cuaca sangat baik.
Superhero tambahan dari UPM dan UniKL, maaf kalau ada yang tidak tersebut. Ada tiga hero UPM datang tolong aku dalam mengasingkan sisa makanan dan pinggan. Hanya sempat menanyakan nama seorang saja, Kok Hong. Terima kasih Kok Hong dan rakan-rakan atas pertolongan.
Hm. Tiada apa yang hendak diperkatakan lagi. Terlalu normal hari ini.
Hashtag syukur hari yang normal.
Comments