Anak itu bukan kain putih
Menurut bayangan di dalam minda aku, seorang anak itu adalah sekeping papan sudah tersedia warnanya yang tersendiri. Tetapi warna itu diselaputi satu lagi lapisan warna, yang berwarna hitam. Tugas kita pula sebagai orang dewasa yang melindungi dan membesarkannya, sekadar perlu mengikiskan selaput hitam tersebut agar warna gemilang yang tersembunyi itu terserlah indah. Mereka sudah punya warna. Dengan beranggapan anak itu selembar kain putih, ia hanya akan menimbulkan masalah kepada ibubapa itu sendiri bilamana mereka kecewa apabila anak itu tidak menjadi seperti mana apa yang ibubapa itu mahukan. Berapa banyak sudah cerita-cerita yang kita dengari, anak yang tertekan apabila ibubapa mereka menentukan arah tuju kehidupannya. Disuruhnya untuk belajar Biologi untuk jadi doktor, walhal anak itu pandai melukis dan mahu jadi seakan Frida Kahlo. Disuruhnya pergi ke kelas piano, walhal anak itu suka benar dengan gitar dan mahu jadi seakan Jimmi Hendrix. Hanya kerana anak i...