Pembacaan | Bilangan pelajar yang optimum dalam kelas
Daripada buku David & Goliath: Underdog, Misfits and the Art of Battling Giants. Bab 2: Teresa DeBritto. Dalam bab yang kedua ini Gladwell membincangkan adakah terdapatnya kesan kepada prestasi pelajar jika bilangan pelajar dalam satu-satu kelas dapat dikurangkan. Beliau menemuramah Teresa DeBritto, seorang guru besar dari sekolah Shepaug Valley Middle School, yang terletak di Connecticut, USA. Umumnya bila kita membicarakan hubungkait antara bilangan para pelajar dalam kelas dan prestasi pelajar, kita akan terus mengatakan semakin kurang bilangan pelajar maka semakin meningkat prestasi mereka. Ini kerana kita beranggapan bahawa guru akan lebih senang dan punya lebih masa untuk menumpukan perhatian pada satu-satu pelajar. Tetapi menurut Gladwell, ia tidak semestinya akan berlaku seperti itu. Beliau memetik beberapa kajian dan soal selidik mengenai hal ini. Dan didapati tiada perubahan yang ketara pada prestasi pelajar apabila bilangan pelajar-pelajar kuran...