Alam dan manusia
Merenung pepohon di bukit lalu disapa angin sepoi dan sesekali terdengar kercipan beburung, sambil aku duduk melepak di balkoni rumah aku yang berada di tingkat empat bangunan kondo ini; membuatkan aku terfikir sejenak. Terdapatkah perkaitan antara perubahan alam dan kemajuan (atau kemunduran) hidupan manusia? Terbukti dari kajian geografi di mana sudah beberapa kali bumi telah mengalami perubahan dari segi bentuk muka buminya. Daripada hutan belantara kepada gurun kontang, daripada lautan kepada gunung-ganang. Dan sudah tentunya manusia masih lagi tidak ada untuk menyaksikan perubahan-perubahan geografikal ini kerana kewujudan manusia secara relatif kepada kewujudan alam semesta ini sebenarnya masih sangat-sangat baru. Tetapi ini tidak bererti dinamika alam ini sudah terhenti. Tidak, ia masih berlaku. Kini kita menyaksikan perubahan iklim global yang semakin memanas. Di kala itu terbitnya persoalan, sejauh manakah kesan perubahan dunia ini pada manusia? Lebih spesifik, ap...