Detik yang membanggakan 2017
Kembali ke pejabat selepas 1 Januari 2018 pada semalam harinya. Aku tiba agak awal, maka pada waktu itu tidak ada orang lain selain Makcik Kamariah, yang sedang sibuk mengelap semua meja dan tingkap aras itu. Tiba-tiba entah dari mana datangnya, untuk seketika aku merasakan ini adalah satu pencapaian sebab dapat “merasmikan” pejabat untuk tahun 2018. Pada pukul 11:00 pagi, Ian memanggil kami semua untuk satu mesyuarat kumpulan. Morning huddle. Selalunya huddle akan dilakukan pada hari Isnin. Seperti biasa, Ian akan memulakan huddle dengan sedikit perkongsian. Usrah pun bermula dengan soalan daripada Ian, “Apakah detik-detik yang membanggakan kalian pada 2017?” Aku kira soalan ini sangat menarik. Tidak mempunyai azam tahun baru sememangnya adalah kebiasaan dalam hidup aku. Tidak pernah sekali aku terfikirkan untuk memasang apa-apa azam. Kerana pada aku, keazaman itu pada asasnya adalah satu keinginan untuk menjadikan diri lebih baik daripada diri yang sebel...