Hujan emas di negeri orang
“Seronok tak menetap di Langkawi” “Bolehlah, simple life. Tak ada tol, kos sara hidup rendah, tenang.” Begitulah antara perbualan aku dengan seorang warga Langkawi yang baru dua tahun berpindah dan menetap terus di sana. Beliau berasal daripada Taman Melawati, Kuala Lumpur. Beliau berpindah kerana memilih untuk tinggal di kampung isterinya dan bekerja terus di situ. Kerjanya sekarang ialah menguruskan pakej mangrove tour sekitar perairan Langkawi. Dan sehingga kini kata-katanya itu terus terngiang-ngiang di dalam minda aku, selain bunyi hempasan ombak dan belaian bayu di Pantai Chenang. Untuk seketika, terfikir juga aku untuk terus berpindah ke sana selepas pencen. Untuk menyara hidup, mungkin aku boleh menyediakan khidmat Uber atau Grabcar kepada warga setempat dan juga para pelancong. Melepak santai sambil di tepi pantai kala matahari terbenam di ufuk dan bersarapan di tepi sawah padi bertemankan sinar pagi yang kian bangkit dari celahan gunung, oh syurga dunia! ...