Posts

I feel It

Image
Yes I may have not see or worship It as the way you do. What I may have known for all this while is how I can feel It. When I see a young woman who spend her weekend night patiently teaching a small boy how to read under the lamp post; I feel It. When I see a mother working passionately to build up a school, not just for her children but for the children from some marginal community; I feel It. When I see an old couple build a shelter for stray dogs and lovingly feed them, bathe them and care for them; I feel It. When I see an Olympic athlete were left behind by all of his competitors, but did not give up and keep on running with tremendous determination to the finishing line and eventually won the gold medal; I feel It. Those are the feelings that I find is so impossible for me to convey towards you. Those are the feelings that make me cry alone and make me think about what I have done or will be doing to make myself more compassionate, more loving, more patience in m...

Umpama pokok

Image
Umpama dedaunnya yang menyerap mentari mindaku menyerap segala tari. Umpama batangnya yang tertancap di bumi hatiku teguh berdiri.

Anak itu bukan kain putih

Image
Menurut bayangan di dalam minda aku, seorang anak itu adalah sekeping papan sudah tersedia warnanya yang tersendiri. Tetapi warna itu diselaputi satu lagi lapisan warna, yang berwarna hitam. Tugas kita pula sebagai orang dewasa yang melindungi dan membesarkannya, sekadar perlu mengikiskan selaput hitam tersebut agar warna gemilang yang tersembunyi itu terserlah indah. Mereka sudah punya warna. Dengan beranggapan anak itu selembar kain putih, ia hanya akan menimbulkan masalah kepada ibubapa itu sendiri bilamana mereka kecewa apabila anak itu tidak menjadi seperti mana apa yang ibubapa itu mahukan. Berapa banyak sudah cerita-cerita yang kita dengari, anak yang tertekan apabila ibubapa mereka menentukan arah tuju kehidupannya. Disuruhnya untuk belajar Biologi untuk jadi doktor, walhal anak itu pandai melukis dan mahu jadi seakan Frida Kahlo. Disuruhnya pergi ke kelas piano, walhal anak itu suka benar dengan gitar dan mahu jadi seakan Jimmi Hendrix. Hanya kerana anak i...

Mutiara biru

Image
Di tengah hamparan fabrik ruang-masa ini, adanya kita. Mendiami apa yang dikatakan guli, atau mutiara biru.   Di atasnya setiap insan yang kau pernah cintai, sedang mencintai dan akan cintai. Di atasnya ada setiap insan yang kau pernah kenali, sedang mengenali dan akan mengenali. Di atasnya ada setiap jiwa yang mahu menjadi apa sahaja, berbuat apa sahaja dan memikirkan apa sahaja. Menjalani kehidupan mereka. Longgokan segala rasa suka dan duka, segala perwira berani dan pembelot kecut, segala pencipta dan pemusnah, segala penakluk dan tertakluk, segala pencinta dan pembenci, segala pasangan muda yang bercinta, segala pasangan tua yang bersenda, segala orang seni yang mencurah inspirasi dan segala politikus yang penuh korupsi.  Pernah, sedang dan akan berkelana di atas butir habuk yang tergantung di sebalik sinaran matahari. Bumi yang dirasakan luas, hutan hujan yang dirasakan lebat, lautan biru yang dirasakan luas sejauh pandangan yang terlontar; hakikatnya hany...

Pohon comel burung mulus

Image
Ada pohon comel memikat jiwa Dalam kaca Enak ditatap mata Ribuan puji jutaan puja Cukup waktu disuap baja Sampai waktu disiram cinta Bahagia dibelai tuannya Ada burung mulus merdu suaranya Dalam sangkar Enak memetik irama Ribuan puji jutaan pujaan Cukup waktu dihulur Sampai waktu pelepahnya disisir Bahagia dibelai tuannya Hai Matahari Curahkan cahaya ke hati si pohon Agar dia bangun bersama akar Mengeraskan batang merempuh belukar di hutan Hai Angin Sisipkan semangat ke dada si burung Agar dia terbang melayang bebas Mengibarkan kepak melawan batas di awan Celik dari belaian selimut maya Bangkit dan bersua dengan sang suria Subur fikrahnya menghadap dunia Sharir Shazni 22 Januari 2017

Pantai

Image
Pepasir halus putih itu berlari di celah jemari kaki.  Angin gemalai menyapa muka.  Ombak yang memukul pantai, sesekali membelai kaki s ambil memainkan melodi memujuk agar tanpa segan-silu berenang bersama.  Nun di ufuk, laut bertemu langit.  Matahari mencium bumi.  Di balik selimut biru bumi itu, aneka corak hidupan marin riang berkelana.  Dari sehalus plankton hingga sebesar paus.

Erti menjadi seorang manusia dari Frank Sinatra

Image
"For what is a man, what has he got If not himself, then he has not To say the thing he truly feels But not the words of one who kneels The record shows I took the blows And did it my way" - My Way, Frank Sinatra Apakah ertinya hidup tanpa benar-benar mengekspresikan jiwa dengan sepenuhnya? Apakah ertinya hidup sebagai manusia yang punya keupayaan untuk berfikir tentang bukan sahaja mengenai dunia di sekeliling kita, bahkan juga dunia di dalam minda dan diri masing-masing? Dan tidak takut untuk menyatakan tentang benar dan salah walaupun akan ditentang, dikecam dan dipersendakan hanya kerana berlainan dengan norma masyarakat, masa dan zaman. Asalkan mempercayai segala luahan dan tindakan itu adalah apa yang diri sendiri telah fikirkan berdasarkan segala pencarian, penemuan dan pembuktian. Berbeza dengan yang lain; tidak mahu berfikir dan mempersiakan kebolehan untuk kritis dan kritikal. Di akhirnya, taqlid, mengikut buta tuli. Biarlah aku dicerca hanya keran...