Jika ada orang bertanyakan aku apakah yang dikatakan kebenaran, aku tak akan dapat jawab. Aku akan termenung lama, cuba untuk menyusun cebis-cebis buah fikiran dan cuba untuk mencari perkataan-perkataan yang dapat dikaitkan. Tetapi di penghujungnya hanya akan berakhir dengan ungkapan “aku tidak tahu”. Ini mungkin kerana mempersoalkan kebenaran adalah sesuatu yang sangat baru dalam hidup aku. Selama kewujudan di dunia ini, aku tidak pernah sesekali menyemak apakah yang telah diberikan kepada aku sejak kecil. Apakah tempat aku di dunia ini? Kenapa aku boleh berada di sini? Ke mana aku menuju? Ke manakah aku selepas mati? Aku sedar, mungkin akan ada yang mengatakan aku telah sesat. Aku telah lupa segala apa yang telah diajarkan sejak kecil. Aku sudah hilang akidah, katanya. Aku sudah tidak mempedulikan semua itu kerana aku sudah muak untuk hidup seperti bebiri. Asuhan atau didikan yang mereka ujarkan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah doktrinasi yang telah diajarkan ...
Selesai sudah aku membaca Politics of the Temporary , tulisan Parthiban Muniandy. Buku pertama aku berjaya habis baca selepas lebih kurang dua tahun tak membaca apa-apa buku. Parthiban Muniandy ialah seorang ahli akademik (assistant professor) yang kini bertugas di Sarah Lawrence College, New York. Boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut penulis. Politics of the Temporary: Ethnography of Migrant life in Urban Malaysia diterbitkan pada tahun 2015. Ia sebuah himpunan karangan mengenai pengalaman dan perjalanan Parthiban dalam kajian akademik beliau yang tertumpu pada aspek sosiologi pekerja-pekerja migran di Malaysia. Beliau temubual pekerja-pekerja yang datang dari pelbagai negara seperti Bangladesh, Hong Kong, Nepal dan Myanmar. Dari situ, beliau dapat maklumat seperti cara mereka datang ke Malaysia, jenis pekerjaan dan jawatan yang lazim mereka pegang, rutin kehidupan harian, cabaran hidup di Malaysia dan lain-lain. Selain itu, Parthiban ada juga merungkai isu-isu yang berkaitan d...
Comments