Cinta atau tanggungjawab
Secawan Nescafe ais serta kehadiran dua sahabat berborak-borak dan entah bagaimana kami membincangkan hal cinta dalam perhubungan khususnya dalam perkahwinan. Adakah kehadiran cinta itu perlu dalam perkahwinan? Aku merasakan ia perlu. Tetapi dua sahabat aku itu mengatakan yang penting adalah tanggungjawab. Dan cinta itu akan datang kemudian. Aku mempersoal; maka di akhirnya nanti cinta yang akan hadir itu hanya kerana keterpaksaan. Satu ilusi. Ibarat satu kerusi yang sudah buruk, diselaputi sahaja dengan cat, diakhirnya cantiklah ia. Tetapi hakikatnya ia masih buruk di balik lapisan cat itu. Itu pun kalau cinta itu hadir. Kalau tidak hadir juga bagaimana? Bukankah untuk terus melakukan sesuatu adalah kerana minat, suka atau cinta akan sesuatu perkara itu? Bersama-sama memberi makan, bersama-sama menyediakan tempat tinggal, bersama-sama membuatkan rumah itu selesa, bersama-sama membesarkan anak; ya itu tidak dinafikan adalah tanggungjawab. Tetapi memberi pasangan itu se...