Jantina, gender, seks
Sekarang aku sedang membaca Policing Sexuality, tulisan Julian Lee. Masih lagi di bab pertama, tapi sudah cukup membuatkan aku berfikir pelbagai perkara. Antaranya yang ingin aku kongsikan di sini adalah keperluan asas kehidupan sesuatu organisma dan bagaimana terbentuknya gender dalam diri seseorang. Pertamanya adalah keperluan asas sesuatu organisma. Adakah tepat untuk mengatakan reproduksi adalah perkara asas? Adakah mengawan itu adalah sesuatu yang sebegitu penting? Adakah keinginan untuk memanjangkan kelangsungan genetik itu adalah sesuatu kehendak yang disedari? Semakin lama aku fikir, semakin tidak aku merasakan. Ini kerana terdapat juga hidupan lain selain manusia, melakukan perbuatan seksual tetapi tidak bertujuan untuk pembiakan. Seks digunakan untuk penguasaan. Seks digunakan untuk memperlihatkan kewujudan diri dalam kawanan. Selama ini kita fikirkan manusia sahaja yang menggunakan seks untuk mencapai sesuatu selain zuriat, tetapi hakikatnya tidak. Penyataan yang mengat...