Posts

Ringkasan Chapter 1, The Origin of Species

Aku baru sahaja habis baca Chapter 1 buku The Origin of Species. Hampir-hampir aku mahu letakkan saja buku ini dan beralih ke buku Richard Dawkins, The Greatest Show On Earth. Sebabnya lenggok bahasa Darwin sangat klasik, membuatkan aku susah nak faham. Dan aku sendiri pun jarang baca teks lama. Tapi kawan aku kata lebih baik baca Darwin dulu sebab Dawkins banyak rujuk The Origins of Species. Darwin memulakan  dengan mengupas terlebih dahulu perkaitan manusia dalam membentuk ciri-ciri haiwan atau tumbuhan domestik. Sejak bermulanya peradaban manusia, haiwan dan tumbuhan sudah beberapa kali mengalami proses perubahan daripada cirinya yang asal, daripada habitat liar. Sebabnya manusia sendiri yang memilih apakah ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu haiwan atau tanaman itu demi kebaikan manusia itu sendiri. Contohnya, tembikai yang besar dan manis, jagung yang tahan cuaca sejuk, etc. Contoh terdekat yang mungkin senang untuk kita lihat, bagaimana wujudnya pelbagai jenis kuci...

Insan, alam, masa dan dia

Image
Masa, Sungai kosmik mengalir ke cabangan Yang merasai kesedihan, kejatuhan dan kematian Yang merasai kebahagiaan, kebangkitan dan kehidupan. Masa, Pokok subur segala buah kelahiran Aturan bingkai memori di ruang tayangan Paparan hidup segala hidupan. Masa, Tali alam yang bergetaran Gulungan filem pemancar wayang Terfikir di hati, hayatnya satu sifar Mungkin juga, roda yang berputar. Masa, Adakah ia bergerak dengan sendiri Atau ia turut sama digerakkan Oleh satu kuasa yang lebih berkuasa Yang punya kuasa untuk menoleh simpati Yang punya kuasa untuk menoleh benci? Masa, Insan fikir dia adalah hamba masa Rutinnya hidup lelah mengejar masa Hakikat akhirnya nyata Insan dan masa adalah hambanya.

Pembacaan | Bilangan pelajar yang optimum dalam kelas

Image
Daripada buku David & Goliath: Underdog, Misfits and the Art of Battling Giants. Bab 2: Teresa DeBritto. Dalam bab yang kedua ini Gladwell membincangkan adakah terdapatnya kesan kepada prestasi pelajar jika bilangan pelajar dalam satu-satu kelas dapat dikurangkan. Beliau  menemuramah Teresa DeBritto, seorang guru besar dari sekolah Shepaug Valley Middle School, yang terletak di Connecticut, USA. Umumnya bila kita membicarakan hubungkait antara bilangan para pelajar dalam kelas dan prestasi pelajar, kita akan terus mengatakan semakin kurang bilangan pelajar maka semakin meningkat prestasi mereka. Ini kerana kita beranggapan bahawa guru akan lebih senang dan punya lebih masa untuk menumpukan perhatian pada satu-satu pelajar. Tetapi menurut Gladwell, ia tidak semestinya akan berlaku seperti itu. Beliau memetik beberapa kajian dan soal selidik mengenai hal ini. Dan didapati tiada perubahan yang ketara pada prestasi pelajar apabila bilangan pelajar-pelajar kuran...

"Yang dah ketagih tu, berubahlah"

"Yang dah ketagih tu, berubahlah. Taubat pada Allah" Ayat terakhir pada satu post page FB. Dari pemerhatian, aku berhipotesis bahawa masyarakat masih belum cukup memahami akan masalah ketagihan. Mungkin apa yang mereka faham pun, hanyalah ketagihan pada penyalahgunaan ubat, dadah atau cecair semata-mata. Tapi hakikatnya, ia boleh jadi lebih dari itu. Kelakuan juga boleh mendorong kepada masalah ketagihan. Dan untuk membuangnya tidak seperti kita membuang satu tabiat buruk. Sebabnya masalah ketagihan akan melibatkan psikologi dan fisiologi seseorang itu. Apabila kita membicarakan perihal fisiologi, ia melibatkan intervensi secara biologi. Kadang-kala perlunya pengambilan ubat untuk mengubati ketagihan itu. Bukan semata-mata bertaubat kembali kepada Tuhan sahaja. Dan ia juga perlukan sokongan dari masyarakat sekeliling. Kawan, keluarga, jiran-jiran perlu main peranan. Keterlibatan kau dalam 'mengubah' masyarakat bukan setakat dengan berkata-kata "h...

Pencarian

Aku sekarang dalam pengembaraan. Pengembaraan mencari ideologi mana yang sesuai dengan aku; sosialisme atau liberalisme. Untuk menjadi sosialis atau libertarian? Aku tanya kawan aku, dengan diri aku yang betul-betul sangat kosong atau ‘noob’ ini, boleh atau tidak untuk aku membaca terus Das Kapital tulisan Karl Marx. Beliau kata, susah. Beliau pun mampu baca dua muka surat sahaja. Sebabnya Karl Marx menyampaikan poin-poin hujahnya itu berdasarkan konteks sosial di zamannya. Jadi agak sukar untuk kita cuba kait dan fahamkan apa yang cuba disampaikan oleh Marx. Beliau cadangkan untuk membaca tulisan dan ulasan tokoh sosialis pada era yang lebih moden. Pada masa yang sama beliau ada juga ceritakan tokoh-tokoh libertarian. Aku macam suka akan pasaran bebas. Tetapi aku juga suka akan konsep solidariti. Entahlah. Aku ini harus bagaimana?

"Bila nak kahwin?"

Sebelum itu ingin aku nyatakan, aku tidak kisah langsung apabila ada orang bertanyakan soalan di atas kepada aku. Sebabnya aku sendiri memang tak akan dan tak nak berkahwin pun dalam masa terdekat ini. Jadi, aku tidak akan tertekan berhadapan dengan soalan itu. Tetapi aku punya masalah, punya rasa tidak senang; jika aku dengar soalan itu ditujukan kepada rakan-rakan perempuan aku. Dengan keadaan pemikiran masyarakat Malaysia ini, tidak kiralah Melayu, Tiong Hua, Hakka, Telegu, Punjabi, Banjar; mereka semua ini masih berfikir wanita tidak patut 'memulakan' dahulu. Wanita perlu menjaga adab. Jika begitulah corak fikiran yang masih mereka anuti, kenapa ditanyakan soalan "bila nak kahwin" pada mereka pula? Nanti apabila wanita yang memulakan langkah dalam mencari pasangan, dikatakan pula wanita itu terhegeh-hegeh, tak tahu mula, tak ada maruah, dan segala macam lagi. Lagi satu; adakah kahwin ini matlamat maha besar dalam kehidupan? Adakah untuk mendapatkan ku...

The need to be understood

"A writer writes not because he is educated but because he is driven by the need to communicate. Behind the need to communicate is the need to share. Behind the need to share is the need to be understood. The writer wants to be understood much more than he wants to be respected or praised or even loved."  - Leo Rosten