Untuk mengingatiku


Terjemahan dan sedikit olahan daripada puisi nukilan Robert N. Test.


Berikan mataku kepada dia yang tidak pernah melihat jingganya matahari yang terbenam, wajah mulus seorang anak atau sinar cinta kekasih.

Berikan jantungku kepada dia yang jantungnya sendiri hanya mengepam deruan kesakitan yang tiada penghujungnya.

Berikan darahku kepada dia yang ditarik keluar dari remukan kereta itu agar dia pulang dan melihat anak cucunya bergelak tawa dan suka.

Berikan ginjalku kepada dia yang setiap harinya bergantung pada mesin untuk meniti hari demi hari.

Ambillah kerat tulangku, serat ototku dan urat sarafku untuk seorang anak kecil berlari mengejar cita-cita.

Jika kau mahu tanamkan apa-apa daripada aku, biarlah cuma kesalahan dan kelemahanku, dan segala prejudis yang terpalit pada saudara-saudaraku.

Jika kau mahu mengingatiku, lakukanlah dengan kebaikan tindakmu dan manisnya bait katamu.

Jika kau lakukan semua itu, aku akan terus hidup.

Dalam dia.

Dalam kamu.

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi