Bingung dan kagum


Waktu itu aku berumur 9 tahun, kalau tak silap, di hujung minggu. Aku bercerita kepada ayah di mana aku baru belajar satu gaya senam robik yang aku tonton di TV1 siang tadi. Gayanya seperti kita cuba nak memetik bintang di langit, diselang-selikan dengan tangan kanan dan kiri. Selepas bercerita, ayah terus memberitahu aku, kita tak boleh petik bintang. Bintang panas, besar pula tu. Tak muat masuk poket.

Aku tak faham. Bagaimana boleh panas pula, sejuk saja rasanya (sebabnya aku kaitkan bintang dan malam hari. Iya lah, malam kan sejuk). Besar? Aku tengok kecil di langit tu. Aku bingung.

Beberapa hari kemudian, aku dapat tahu memang betul apa ayah cakap. Aku tak ingat bagaimana aku tahu, sama ada di sekolah atau daripada pembacaan di Perpustakaan Awam Taiping. Bintang yang berjuta-juta kilometer dari sistem solar kita amatlah besar saiznya dan sangat panas. Ia tampak kecil sebab ia begitu jauh. Tak boleh nak petik-petik sesuka hati masuk poket.

Sehingga sekarang aku tak boleh nak lupakan perasaan itu. Perasaan bingung (sebelum rasa kagum) seorang anak kecil yang akhirnya dapat tahu bahawa alam di sekelilingnya begitu menakjubkan, bukan semuanya kelihatan seperti apa yang dilihat dan menarik untuk diterokai dan dipelajari.

Kredit: Gambar diperoleh daripada Julio Munoz di Pinterest

Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Biografi