Manusia aneh
Pernah tak kau berhadapan dengan situasi seperti ini; ada seseorang buat tahi dengan kau tak berapa lama dulu, katakan bulan lepas. Dia cakap sesuatu yang menyakitkan hati kau. Dia kutuk, dia hina, rendah-rendahkan penderitaan kau. Ini bukan kes tersalah cakap, tidak. Ini kes dia memang sengaja katakan sesuatu dalam intonasi perli, sindir. Kemudian, hari ini tiba-tiba dia cuba berborak dengan kau dan berlagak seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Mesti ada kan? Rasa WTF tak? Tak ada angin tak ada apa, tiba-tiba nak bermesra. Minta maaf apa pun tak ada. Pukimak gila perangai. Dia ingat kita boleh lupalah tahi yang dia pernah buat tu Setakat ini, aku sekadar buat tak tahu sahaja. Cara mereka datang tegur aku pun melalui mesej, jadi mudah untuk aku endahkan. Aku tak pasti bagaimana aku akan respon kalau ditegur IRL (in real life). Mungkin ada sesetengah kalian akan cakap, jadilah orang yang berjiwa besar, buang yang keruh ambil yang jernih. Pergi mampus. Hidup aku ini sing...