Ulasan ringkas buku Pig/Pork


Babi betul buku ini.

Penulisnya, Pía Spry-Marqués. Beliau adalah seorang ahli arkeologi. Khusus dalam mengkaji peranan tinggalan haiwan dekat tapak arkeologi.

Buku ini mudah dibaca. Penyampaian tidak terlalu akademik. Penulis membawa pembaca meneroka topik-topik yang agak menyeluruh berkenaan babi. Dari sudut arkeologi, sifat-sifat anatomi dan fisiologi, gastronomi, sejarah dan sosial.

Jumlah mukasurat tidaklah tebal mana. Maka setiap topik yang dirungkaikan tidaklah mendalam sangat.

Yang menarik dan agak unik pada aku, setiap satu babak diakhiri dengan resipi-resipi babi. Kebanyakan resipi adalah daripada budaya penulis sendiri, iaitu dari Sepanyol. Aku tak dapat nak buat satu resipi pun semuanya agak leceh pada aku.

Aku bagi 4/5 bintang.


Comments

Popular posts from this blog

Melancong ke Pulau Pinang

Kerja baru

Serba sedikit pasal buku Politics of Temporary: Ethnography of Migrant Life in Urban Malaysia