Posts

Detik yang membanggakan 2017

Image
Kembali ke pejabat selepas 1 Januari 2018 pada semalam harinya. Aku tiba agak awal, maka pada waktu itu tidak ada orang lain selain Makcik Kamariah, yang sedang sibuk mengelap semua meja dan tingkap aras itu. Tiba-tiba entah dari mana datangnya, untuk seketika aku merasakan ini adalah satu pencapaian sebab dapat “merasmikan” pejabat untuk tahun 2018. Pada pukul 11:00 pagi, Ian memanggil kami semua untuk satu mesyuarat kumpulan. Morning huddle. Selalunya huddle akan dilakukan pada hari Isnin. Seperti biasa, Ian akan memulakan huddle dengan sedikit perkongsian. Usrah pun bermula dengan soalan daripada Ian, “Apakah detik-detik yang membanggakan kalian pada 2017?” Aku kira soalan ini sangat menarik. Tidak mempunyai azam tahun baru sememangnya adalah kebiasaan dalam hidup aku. Tidak pernah sekali aku terfikirkan untuk memasang apa-apa azam. Kerana pada aku, keazaman itu pada asasnya adalah satu keinginan untuk menjadikan diri lebih baik daripada diri yang sebel...

Pencarian

Image
Jika ada orang bertanyakan aku apakah yang dikatakan kebenaran, aku tak akan dapat jawab. Aku akan termenung lama, cuba untuk menyusun cebis-cebis buah fikiran dan cuba untuk mencari perkataan-perkataan yang dapat dikaitkan. Tetapi di penghujungnya hanya akan berakhir dengan ungkapan “aku tidak tahu”. Ini mungkin kerana mempersoalkan kebenaran adalah sesuatu yang sangat baru dalam hidup aku. Selama kewujudan di dunia ini, aku tidak pernah sesekali menyemak apakah yang telah diberikan kepada aku sejak kecil. Apakah tempat aku di dunia ini? Kenapa aku boleh berada di sini? Ke mana aku menuju? Ke manakah aku selepas mati? Aku sedar, mungkin akan ada yang mengatakan aku telah sesat. Aku telah lupa segala apa yang telah diajarkan sejak kecil. Aku sudah hilang akidah, katanya. Aku sudah tidak mempedulikan semua itu kerana aku sudah muak untuk hidup seperti bebiri. Asuhan atau didikan yang mereka ujarkan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah doktrinasi yang telah diajarkan ...

Untuk mengingatiku

Image
Terjemahan dan sedikit olahan daripada puisi nukilan Robert N. Test. Berikan mataku kepada dia yang tidak pernah melihat jingganya matahari yang terbenam, wajah mulus seorang anak atau sinar cinta kekasih. Berikan jantungku kepada dia yang jantungnya sendiri hanya mengepam deruan kesakitan yang tiada penghujungnya. Berikan darahku kepada dia yang ditarik keluar dari remukan kereta itu agar dia pulang dan melihat anak cucunya bergelak tawa dan suka. Berikan ginjalku kepada dia yang setiap harinya bergantung pada mesin untuk meniti hari demi hari. Ambillah kerat tulangku, serat ototku dan urat sarafku untuk seorang anak kecil berlari mengejar cita-cita. Jika kau mahu tanamkan apa-apa daripada aku, biarlah cuma kesalahan dan kelemahanku, dan segala prejudis yang terpalit pada saudara-saudaraku. Jika kau mahu mengingatiku, lakukanlah dengan kebaikan tindakmu dan manisnya bait katamu. Jika kau lakukan semua itu, aku akan terus hidup. Dalam dia. Dalam kamu.

Raikan kehidupan

Image
Pada 12 November, kalau tak silap, aku dan rakan-rakan sepejabat mengadakan satu "baby shower"  untuk Azuwa (rakan sekerja juga) yang pada waktu itu hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk melahirkan anak sulungnya itu. Ini adalah pertama kali dalam sejarah hidup aku, terlibat dalam benda alah ini. Baby shower. Aku rasa pertama kali aku mendengar istilah itu pula, mungkin tak lama dahulu semasa aku menonton drama atau filem Hollywood di mana seingat aku, tak ada pula dipertontonkan secara jelas apakah yang mereka buat untuk baby shower itu. Maksud aku, terdapatkah "ritual kebiasaan" seperti sambutan hari lahir di mana kita akan meniup lilin yang dipacakkan atas kek atau bachelorette party di mana si bakal pengantin akan dipakai tiara? Dan, shower? Siapa pula yang dimandikan? Kami sediakan meja, susun kerusi dan hiaskan serba sedikit dengan perhiasan bertemakan bayi lelaki. Azuwa sampai bersama suaminya, kami makan dan ada sedikit permainan (siap...

I feel It

Image
Yes I may have not see or worship It as the way you do. What I may have known for all this while is how I can feel It. When I see a young woman who spend her weekend night patiently teaching a small boy how to read under the lamp post; I feel It. When I see a mother working passionately to build up a school, not just for her children but for the children from some marginal community; I feel It. When I see an old couple build a shelter for stray dogs and lovingly feed them, bathe them and care for them; I feel It. When I see an Olympic athlete were left behind by all of his competitors, but did not give up and keep on running with tremendous determination to the finishing line and eventually won the gold medal; I feel It. Those are the feelings that I find is so impossible for me to convey towards you. Those are the feelings that make me cry alone and make me think about what I have done or will be doing to make myself more compassionate, more loving, more patience in m...

Umpama pokok

Image
Umpama dedaunnya yang menyerap mentari mindaku menyerap segala tari. Umpama batangnya yang tertancap di bumi hatiku teguh berdiri.

Anak itu bukan kain putih

Image
Menurut bayangan di dalam minda aku, seorang anak itu adalah sekeping papan sudah tersedia warnanya yang tersendiri. Tetapi warna itu diselaputi satu lagi lapisan warna, yang berwarna hitam. Tugas kita pula sebagai orang dewasa yang melindungi dan membesarkannya, sekadar perlu mengikiskan selaput hitam tersebut agar warna gemilang yang tersembunyi itu terserlah indah. Mereka sudah punya warna. Dengan beranggapan anak itu selembar kain putih, ia hanya akan menimbulkan masalah kepada ibubapa itu sendiri bilamana mereka kecewa apabila anak itu tidak menjadi seperti mana apa yang ibubapa itu mahukan. Berapa banyak sudah cerita-cerita yang kita dengari, anak yang tertekan apabila ibubapa mereka menentukan arah tuju kehidupannya. Disuruhnya untuk belajar Biologi untuk jadi doktor, walhal anak itu pandai melukis dan mahu jadi seakan Frida Kahlo. Disuruhnya pergi ke kelas piano, walhal anak itu suka benar dengan gitar dan mahu jadi seakan Jimmi Hendrix. Hanya kerana anak i...