Posts

Anak bulus dan anak manusia

Image
Aku dah ada empat ekor kucing. Anak-anak bulus, bak kata orang sekarang. Pada penghujung tahun 2012, aku bawa balik Suki dari SPCA Ampang. Tak lama kemudian, pada Mac 2016, teman wanita adik — di mana sekarang dah bergelar isteri  — berikan Melati. Sekitar bulan Julai (kalau tak salah ingatan), ada seorang kawan bertanyakan, mahu tak aku untuk ambil anak-anak kucing. Ada seekor ibu kucing liar yang baru sahaja melahirkan empat ekor anak di depan rumahnya. Menurut doktor vet yang dia rujuk, bila dah cukup sebulan, dia sudah boleh berikan kepada sesiapa yang mahu menjaga mereka. Aku buat keputusan untuk ambil dua daripada empat itu setelah berbincang dengan rakan serumah. Mujur rakan serumah pun cintakan kucing. Muncullah pula Simba dan Juli dalam hidup kami. Agak mencabar juga sebab walaupun aku suka kucing, aku tak pernah menjaga anak kucing. Banyak juga karenahnya, baru aku tahu. Bertambah mujur rakan serumah pandai. Selain beberapa artikel di internet, dia banyak ajar a...

Bingung dan kagum

Image
Waktu itu aku berumur 9 tahun, kalau tak silap, di hujung minggu. Aku bercerita kepada ayah di mana aku baru belajar satu gaya senam robik yang aku tonton di TV1 siang tadi. Gayanya seperti kita cuba nak memetik bintang di langit, diselang-selikan dengan tangan kanan dan kiri. Selepas bercerita, ayah terus memberitahu aku, kita tak boleh petik bintang. Bintang panas, besar pula tu. Tak muat masuk poket. Aku tak faham. Bagaimana boleh panas pula, sejuk saja rasanya (sebabnya aku kaitkan bintang dan malam hari. Iya lah, malam kan sejuk). Besar? Aku tengok kecil di langit tu. Aku bingung. Beberapa hari kemudian, aku dapat tahu memang betul apa ayah cakap. Aku tak ingat bagaimana aku tahu, sama ada di sekolah atau daripada pembacaan di Perpustakaan Awam Taiping. Bintang yang berjuta-juta kilometer dari sistem solar kita amatlah besar saiznya dan sangat panas. Ia tampak kecil sebab ia begitu jauh. Tak boleh nak petik-petik sesuka hati masuk poket. Sehingga sekarang aku tak boleh na...

Malaysia baru!

Image
Yeah, Malaysia baru! Selama ini asyik guna #KitaMestiMenang, sekarang dah boleh guna #KitaSudahMenang telah penuh gumbira! Terus-terang aku cerita, aku menangis bila ketua SPR (yang lembap sial itu) mengumumkan bahawa Pakatan Harapan (PH) telah memenangi majoriti kerusi parlimen. Aku tak sangka akhirnya tukar juga parti pemerintah. Aku dah lama beranggapan, akan mengambil masa lagi 20 atau 30 tahun akan datang baru akan berubah. Tapi ternyata sekali, sejarah telah tercipta. Baik, cukup sekadar itu untuk menikmati kemenangan ini. Dah lebih tiga minggu berlalu sejak Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan sekarang dia pun masih lagi dalam proses untuk melantik ahli-ahli baru untuk mengisi kekosongan baki kerusi kabinet. Sebahagiannya telah diisi dan sudahpun menjalankan kerja-kerja mereka, tetapi ada juga kabinet lain yang masih menanti keputusan siapa yang akan menyandang. Bercakap pasal kerusi kabinet ni, satu lagi perkara yang aku tidak sangka ialah Ustaz Maszlee di...

Hujan emas di negeri orang

Image
“Seronok tak menetap di Langkawi” “Bolehlah, simple life. Tak ada tol, kos sara hidup rendah, tenang.” Begitulah antara perbualan aku dengan seorang warga Langkawi yang baru dua tahun berpindah dan menetap terus di sana. Beliau berasal daripada Taman Melawati, Kuala Lumpur. Beliau berpindah kerana memilih untuk tinggal di kampung isterinya dan bekerja terus di situ. Kerjanya sekarang ialah menguruskan pakej mangrove tour sekitar perairan Langkawi. Dan sehingga kini kata-katanya itu terus terngiang-ngiang di dalam minda aku, selain bunyi hempasan ombak dan belaian bayu di Pantai Chenang. Untuk seketika, terfikir juga aku untuk terus berpindah ke sana selepas pencen. Untuk menyara hidup, mungkin aku boleh menyediakan khidmat Uber atau Grabcar kepada warga setempat dan juga para pelancong. Melepak santai sambil di tepi pantai kala matahari terbenam di ufuk dan bersarapan di tepi sawah padi bertemankan sinar pagi yang kian bangkit dari celahan gunung, oh syurga dunia! ...

Kupasan buku The First Muslim

Image
Membesar dalam keluarga dan persekitaran yang kebanyakan masanya mengamalkan kepercayaan Islam, kisah-kisah perjalanan hidup Muhammad bolehlah dikatakan sudah menjadi sebahagian dalam hidup aku. Daripada kisah awal beliau yang dilahirkan dalam keadaan yatim (bapanya Abdullah mati sebelum Aminah melahirkan Muhammad) sehinggalah kisah di ambang kematiannya, tidak pernah aku meneliti kembali kisah-kisah yang aku dengar dan belajar itu sehingga sekarang. Kata seorang rakan yang mula-mula memperkenalkan buku ini kepada aku, buku ini amat disyorkan jika mahu mengetahui kisah perjalanan hidup Muhammad yang tidak mempunyai elemen-elemen mistik atau mukjizat yang seringkali tidak dapat dipisahkan apabila seseorang menceritakan perihal Muhammad. Ditulis oleh Lesley Hazleton. Seperti apa yang aku baca di Wikipedia dan sedikit deskripsi di kulit buku, beliau banyak membuat liputan di wilayah Asia Tengah dan memiliki dua ijazah dalam bidang psikologi. Secara keseluruhan, aku suka b...

Detik yang membanggakan 2017

Image
Kembali ke pejabat selepas 1 Januari 2018 pada semalam harinya. Aku tiba agak awal, maka pada waktu itu tidak ada orang lain selain Makcik Kamariah, yang sedang sibuk mengelap semua meja dan tingkap aras itu. Tiba-tiba entah dari mana datangnya, untuk seketika aku merasakan ini adalah satu pencapaian sebab dapat “merasmikan” pejabat untuk tahun 2018. Pada pukul 11:00 pagi, Ian memanggil kami semua untuk satu mesyuarat kumpulan. Morning huddle. Selalunya huddle akan dilakukan pada hari Isnin. Seperti biasa, Ian akan memulakan huddle dengan sedikit perkongsian. Usrah pun bermula dengan soalan daripada Ian, “Apakah detik-detik yang membanggakan kalian pada 2017?” Aku kira soalan ini sangat menarik. Tidak mempunyai azam tahun baru sememangnya adalah kebiasaan dalam hidup aku. Tidak pernah sekali aku terfikirkan untuk memasang apa-apa azam. Kerana pada aku, keazaman itu pada asasnya adalah satu keinginan untuk menjadikan diri lebih baik daripada diri yang sebel...

Pencarian

Image
Jika ada orang bertanyakan aku apakah yang dikatakan kebenaran, aku tak akan dapat jawab. Aku akan termenung lama, cuba untuk menyusun cebis-cebis buah fikiran dan cuba untuk mencari perkataan-perkataan yang dapat dikaitkan. Tetapi di penghujungnya hanya akan berakhir dengan ungkapan “aku tidak tahu”. Ini mungkin kerana mempersoalkan kebenaran adalah sesuatu yang sangat baru dalam hidup aku. Selama kewujudan di dunia ini, aku tidak pernah sesekali menyemak apakah yang telah diberikan kepada aku sejak kecil. Apakah tempat aku di dunia ini? Kenapa aku boleh berada di sini? Ke mana aku menuju? Ke manakah aku selepas mati? Aku sedar, mungkin akan ada yang mengatakan aku telah sesat. Aku telah lupa segala apa yang telah diajarkan sejak kecil. Aku sudah hilang akidah, katanya. Aku sudah tidak mempedulikan semua itu kerana aku sudah muak untuk hidup seperti bebiri. Asuhan atau didikan yang mereka ujarkan itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah doktrinasi yang telah diajarkan ...